Korea Selatan, China berjaya kekang Covid-19 kerana disiplin, kata Dr Mahathir


Chan Kok Leong

Kakitangan perubahan Korea Selatan lengkap berpakaian perlindungan sebelum menjalankan tugas merawat pesakit Covid-19. – Gambar EPA, 17 April, 2020.

KOREA Selatan dan China lebih berjaya mengekang wabak Covid-19 berbanding Eropah atau Amerika Syarikat (AS) kerana kedua-dua negara Asia itu mempunyai budaya lebih berdisiplin, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka mempunyai budaya yang berbeza daripada Eropah dan AS. Mereka sangat berdisiplin dan ketika kerajaan memberi arahan, rakyat patuh,” kata bekas perdana menteri itu semasa wawancara secara langsung di Facebook dengan Dr Nurul Yaqeen dari Pusat Perubatan Velocity Sunway pagi ini.

Arahan pengurungan (lockdown) dilihat kurang berkesan di tempat lain kerana orang berasa ia melanggar hak asasi dan kebebasan mereka.

“Di Eropah misalnya, sebahagian mereka berasa pandemik itu hanya berlaku di negara miskin yang tidak memiliki infrastruktur perubatan baik berbanding mereka.

“Tetapi negara miskin seperti China dan Korea Selatan, walaupun tidak lagi miskin, lebih berjaya seperti ketika mereka mengenakan pengurungan di Wuhan selama dua bulan, rakyat patuh.

“Tetapi di AS, mereka sekarang mempunyai lebih 500,000 jangkitan dan lebih 26,000 kematian.

“Bukan hanya kemudahan perubatan yang penting tetapi juga nilai dan reaksi terhadap cara memerangi wabak itu,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun pada awalnya ada yang mengkritik China kerana terlalu tegas, langkah pengurungan mereka ternyata berkesan. – 17 April, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen