Gempa 6.3 magnitud landa perairan Honduras


GEMPA bumi berukuran 6.3 magnitud melanda perairan Honduras pada Khamis, kata Pemerhati Geologi Amerika Syarikat. 

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Gempa berkenaan direkodkan di 150 kilometer utara pesisir pantai Honduras selepas pukul 2 pagi (waktu tempatan).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman tsunami susulan gempa itu.  – AFP, 16 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen