BILANGAN zon merah Covid-19 tidak berubah, kekal sebanyak 27 kawasan berdasarkan angka oleh Kementerian Kesihatan hari ini.
Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus melaporkan jumlah kes tertinggi untuk hari ke13 berturut-turut dengan 577 kes.
Ini diikuti oleh Hulu Langat yang kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dengan 440 kes dan Petaling sebanyak 363 kes.
Zon merah lain termasuk — Kuching (245), Seremban (262) Kluang (210), Johor Bahru (185), Klang (171), Gombak (142) Kepong (142), Titiwangsa (129) Kinta (93), Kota Bahru (90), Kuantan (106), Tawau (79) Cheras (78) Jasin (68), Hilir Perak (65) Jerantut (72), Sepang (68) Rembau (53), Putrajaya (54) Batu Pahat (52) , Kota Samarahan (54) Melaka Tengah (51), Muar (46) dan Hulu Selangor (49).
Zon merah adalah kawasan yang mempunyai lebih 41 kes, jingga (20 hingga 40 kes), kuning (satu hingga 19 kes) dan hijau (tiada kes).
Malaysia melaporkan 85 kes baru Covid-19 semalam yang merupakan kali pertama dalam tempoh sebulan bagi kes kurang daripada 100 kes bagi tempoh 24 jam.
Ini menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 5,072 sementara jumlah kematian berjumlah 83 orang.
Sementara itu, jumlah pesakit yang pulih adalah 2,647 orang, iaitu 52.2% daripada jumlah keseluruhan kes. – 16 April, 2020.


Komen