Pemimpin Palestin ke Kaherah untuk rundingan damai


Rakyat Palestin meraikan usaha rundingan damai yang bakal menyaksikan penubuhan sebuah kerajaan baharu di negara yang bergolak sejak sekian lama. – Gambar EPA, 20 November, 2017.

PEMIMPIN Palestin dari pelbagai pihak menuju ke ibu negara Mesir, Kaherah pada Isnin untuk mengadakan rundingan ke arah perjanjian damai. 

Pemimpin kanan daripada 13 puak politik berbeza - termasuk pemerintah Gaza Hamas dan pihak dari Tebing Barat, Fatah - dijangka akan bertemu pada Selasa untuk rundingan selama tiga hari, dengan perbincangan penting termasuk mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. 

Di bawah perjanjian ditaja oleh Mesir yang dicapai pada bulan lalu, Hamas sepatutnya menyerahkan kawalan awam Gaza kepada kerajaan yang diketuai Fatah pada 1 Disember depan. 

Sumber di sempadan antara Gaza dan Mesir memberitahu AFP bahawa perwakilan daripada pelbagai puak termasuk Hamas telah menyeberangi sempadan pada pagi Isnin.

“Tujuan pertemuan ini adalah untuk kerjasama semua pihak sebagai rakan kongsi dan bukan hanya pemerhati,” kata Azzam al-Ahmed yang mengetuai delegasi Fatah dalam satu kenyataan.

Delegasi Hamas akan diketuai oleh timbalan pemimpin Salah al-Aruri dan Gaza diketuai Yahya Sinwar. 

Tiada pemimpin Fatah Mahmud Abbas atau ketua Hamas Ismail Haniya akan hadir.

11 lagi pihak kecil turut akan hadir. 

Berkemungkinan sumber ketegangan pada mesyuarat itu adalah berhubung masa depan sayap bersenjata Hamas, walaupun perbincangan itu tidak dijangka membawa keputusan terakhir mengenai perkara itu. – AFP, 20 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen