Chile beri pengampunan kepada 1,300 banduan 


Kompleks penjara khas Punta Peuco yang terletak di pinggir bandar Santiago, Chile. Sebahagian daripada banduan era diktator tentera Chile yang menjalani hukuman di sini akan diberi pengampunan. – Gambar EPA, 15 April, 2020.

KIRA-kira 1,300 banduan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 bakal diberikan pengampunan oleh kerajaan Chile selepas Mahkamah Persekutuan negara itu meluluskan undang-undang khas yang digubal oleh pentadbiran Presiden Sebastian Pinera. 

Undang-undang berkenaan bakal memberi kelebihan kepada banduan berusia 75 tahun ke atas, ibu yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun dan wanita mengandung, yang akan menjalani hukuman selebihnya di rumah.

Banduan yang disabitkan kesalahan kemanusiaan dan mereka yang terlibat kes bunuh, culik, pengedaran dadah dan keganasan rumah tangga dikecualikan. 

Pengampunan itu diberikan bagi mengurangkan tekanan di penjara, yang mana menurut mahkamah agung, ia umpama “bom jangka” dengan kira-kira 42,000 banduan.

Antara yang diberi pengampunan adalah ratusan banduan yang disabitkan kesalahan pelanggaran hak asasi manusia ketika era diktator tentera Chile dari 1973 hingga 1990.

Mereka menjalani hukuman kerana menculik, mendera dan membunuh di penjara khas Punta Peuco, sebuah fasiliti mewah yang terletak di pinggir bandar Santiago. – AFP, 15 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen