SEBUAH kereta api MRT Singapura disambar kilat hari ini menyebabkan perjalanan tertangguh selama 10 minit di Landasan Timur-Barat, lapor Straits Times.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyaksikan penumpang antara Tanah Merah dan Paya Lebar terjejas.
Seorang dilaporkan cedera, dan perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke stesen Tanah Merah.
Pengendali MRT, SMRT berkata, kebiasaannya jika kereta api terbabit disambar petir penumpang selamat dan tidak akan mengalami sebarang kecederaan. – 20 November, 2017.
Komen