Kematian Covid-19 di pangsapuri PKNS cetus aktiviti saringan kesihatan


Ketua pengarah kesihatan itu berkata jabatan kesihatan daerah masih sedang menjalankan pemeriksaan dan saringan kesihatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 April, 2020.

SATU kes kematian di pangsapuri PKNS di Kampung Baru menyebabkan saringan kesihatan sedang dilakukan ke atas penduduk bangunan tersebut, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata jabatan kesihatan daerah masih menjalankan pemeriksaan dan saringan kesihatan bangunan tersebut.

“Satu kematian dicatat semalam mempunyai kaitan dengan pangsapuri PKNS. Oleh itu, kami melakukan pengesanan kes aktif kami di kawasan tersebut, terutama di kawasan sekitar.

“Pejabat kesihatan daerah mengambil sedang melaksanakan tindakan segera  pada masa ini kita fokus pada kawasan bangunan itu untuk aktiviti (pemeriksaan) kita,” katanya hari ini. – 12 April, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen