Justice League gagal tepati ramalan kutipan AS$110juta


Justice League dibintangi barisan bintang ternama termasuklah Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Ben Affleck sebagai Batman dan Henry Cavill sebagai Superman, Justice League yang berdasarkan komik super wira keluaran DC Comics menyaksikan karakter super wira klasik itu berdepan ancaman musuh Steppenwolf (Ciaran Hinds).– Gambar AFP, 20 November, 2017.

IA mungkin disambut baik di pasaran Amerika Utara, tetapi filem Justice League tidak menepati ramalan awal pecah panggung, dengan hanya mengutip AS$96 juta menurut laporan industri yang dikeluarkan pada Ahad.

Dengan barisan bintang ternama termasuklah Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Ben Affleck sebagai Batman dan Henry Cavill sebagai Superman, Justice League yang berdasarkan komik super wira keluaran DC Comics menyaksikan karakter super wira klasik itu berdepan ancaman musuh Steppenwolf (Ciaran Hinds).

Filem terbitan Warner Bros.- yang kutipannya lebih baik di peringkat antarabangsa, mengutip AS$185 juta- pada mulanya dijangka mengutip AS$110 juta di pawagam Amerika Utara, menurut Variety.

Melalui akaun Twitternya, penganalisis industri Exhibitor Relations- yang mengeluarkan anggaran kutipan itu- mengatakan Justice League “mungkin adalah filem pertama yang mengutip AS$96 juta yang dianggap mengecewakan.”

Di tangga kedua, filem Wonder terbitan Lionsgate yang mengutip AS$27.1juta.

Dibintangi Julia Roberts, Owen Wilson dan Jacob Tremblay, Wonder mengisahkan seorang budak lelaki yang cacat wajah, August Pullman ketika dia memasuki alam persekolahan di Gred Lima buat pertama kali.

Selepas mengungguli carta pecah panggung minggu lepas, Thor: Ragnarok jatuh ke tempat ketiga mengutip AS$21.8 juta.

Dibintangi Chris Hemsworth sebagai Dewa Norse bersama-sama Cate Blachett sebagai Hela, Dewi Kematian, Thor sudah mengutip AS$247.4 juta di pasaran Amerika Utara sejak ditayangkan.

Daddy’s Home 2 pula jatuh ke tempat keempat dengan kutipan AS$14.8 juta. Filem komedi itu dibintangi Will Ferrell dan Mark Wahlberg.

Di tangga kelima adalah filem Murder on the Orient Express yang mengutip AS$13.8 juta. Naskah adaptasi karya klasik Agtha Christie itu mengisahkan misteri pembunuhan diarahkan Kenneth Branagh yang turut membintangi filem itu bersama-sama bintang ternama Hollywood lain termasuklah Johnny Depp, Penelope Cruz dan Judi Dench. – AFP, 20 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen