Taufan Harold badai pusat peranginan di Tonga 


TAUFAN Harold melanda Tonga memusnahkan pusat peranginan pada Khamis, selepas membadai beberapa negara di kepulauan Pasifik Selatan menyebabkan puluhan nyawa terkorban.

Ribut berkenaan memusnahkan sebahagian daripada negara kepulauan kecil itu.

Pihak berkuasa di Tonga sebelum ini mengeluarkan perintah darurat serta memberi amaran kepada rakyatnya.

Awal Khamis lalu, skala ribut berkenaan meningkat kepada ribut Kategori Lima, sekali gus mengejutkan pakar meteorologi. Ia berikutan tiada petunjuk ribut berkenaan akan terus meningkat pada awal minggu ini.

Ia membawa angin berkelajuan 250 kilometer sejam, menyebabkan bekalan elektrik separuh daripada negara terbabit terputus. 

Menurut pihak polis, sekurang-kurangnya tiada pusat peranginan di utara Nuku’alofa rosak teruk.

Taufan berkenaan turut meragut 27 nyawa di kepulauan Solomon minggu lalu sebelum ia bergerak ke tenggara dan melanda pulau Vanuatu pada Kategori Lima sekaligus meranapkan sebuah pekan di utara pulau berkenaan. 

Namun tiada kematian dilaporkan di Vanuati, Fiji atau Tonga.

“Nampaknya, banyak bangunan dan tanaman penduduk musnah dan ada penduduk di kawasan yang musnah hilang segala-galanya,” kata Setiausaha Agung Palang Merah Vanuatu, Jacqueline de Gaillande. – AFP, 9 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen