Menteri luar Korea Utara akan lawat Cuba


Menteri Luar Korea Utara Ri Yong-Ho dijangka akan melawat Cuba, negara yang saling berbaik sedangkan ketika kedua negara itu berselingkuh dengan Washington. – Gambar AFP, 19 November, 2017.

Menteri Luar Korea Utara dijangka akan melawat Cuba pada Isnin ini, tepat ketika hubungan Pyongyang bersama Havana semakin renggang dengan Washington.

Menurut kenyataan daripada menteri luar Cuba semalam, Menteri Luar Ri Yong Ho akan bertemu rakan sejawatnya, Bruno Rodriguez Parilla dan akan menyertai beberapa aktiviti yang tidak dinyatakan.

Sesi lawatan itu terjadi ketika hubungan Washington dan Pyongyang tegang berhubung pembangunan peluru berpandu nuklear Korea Utara yang boleh menjangkau sehingga kawasan Amerika Syarikat.

Sementara hubungan Washington dengan Havana hanya mula terjalin sepenuhnya pada 2015 selepas hampir setengah abad kedua negara itu dalam kancah Perang Dingin.

Namun hubungan itu kembali tegang apabila Presiden AS Donald Trump mengambil alih pejabat White House.

Cuba merupakan satu-satunya negara komunis yang bersahabat dengan Korea Utara.

Pemimpin terkenal Cuba, Fidel Castro pernah melawat Korea Utara pada 1986 untuk bertemu dengan Kim Il-Sung, malah Pyongyang berkabung selama tiga hari apabila Castro meninggal dunia pada November 2016.

Korea Utara menghantar delegasi yang diketuai Choe Ryong-Hae, orang kanan Kim Jong-Un, ke Havana ketika majlis pengebumian Castro.

Pada masa lalu, Cuba pernah melanggar sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadap Korea Utara.

Pada 2013, Panama menawan kapal Korea Utara yang membawa peralatan senjata Cuba dari zaman Soviet, selain pesawat jet ditemui dalam timbunan gula.

Korea Utara menegaskan bahawa senajata itu dikirim untuk diperbaiki. – AFP, 19 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen