Pesuruhjaya Polis Sarawak positif Covid-19


Desmond Davidson

Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail dirawat di Hospital Umum Sarawak selepas beliau didapati positif Covid-19 – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 April, 2020.

PESURUHJAYA Polis Sarawak Aidi Ismail disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Aidi menerusi mesej WhatsApp dan berkata beliau dimasukkan ke hospital malam tadi.

Menurut Aidi beliau mengalami gejala Sabtu lalu dan tidak tahu dijangkiti Covid-19.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dev Kumar sebelum ini mengesahkan Aidi dimasukkan ke hospital tetapi tidak tahu sama ada pesuruhjaya polis itu diuji positif.

“Saya tidak tahu hasil ujian beliau. Jadi, saya tidak boleh sahkan sama ada beliau dimasukkan ke hospital sebab Covid-19 atau sakit lain,” kata Kumar.

Tambah beliau, beberapa pegawai kanan di ibu pejabat kontinjen polis Sarawak di Jalan Badruddin in Kuching telah diarahkan untuk menjalani kuarantin  sendiri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 mereka.

“Saya dikuarantin di rumah bukan disebabkan kontak dengan Datuk Aidi, tetapi dari kontak lain. Saya jangka saya akan dilepaskan dari kuarantin esok.”

Sebelum Aidi, beberapa pemimpin Sarawak dilaporkan positif Covid-19, iaitu Ahli Parlimen Kelvin Yii, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Andrew Wong dan Menteri Muda Pengangkutan Dr Jerip Susil. – 8 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen