Taufan tropika Harold badai Fiji


Imej satelit satelit siklon tropika Harold ketika menghampiri Espiritu Santo, pulau terbesar Vanuatu, pada 5 April. Ia membadai Fiji selepas menyebabkan kemusnahan besar di Vanuatu. – Gambar EPA, 8 April, 2020.

TAUFAN tropika Harold membadai Fiji pada Rabu selepas meninggalkan kesan kemusnahan di Kepulauan Solomon dan Vanuatu.

Kekuatan taufan itu menurun sedikit dari skala lima kepada empat, tetapi masih membadai Fiji dengan kelajuan angin sehingga 240 kilometer sejam, kata pusat ramal kaji cuaca.

Khidmat cuaca rasmi NaDraki berkata, taufan itu melanda luar pesisir selatan pulau utama Fiji, Viti Levu, tetapi hampir dengan daratan daripada yang dijangkakan pada awal.

Walaupun dengan penurunan kekuatannya, Harold masih “sangat berbahaya” dan penduduk di selatan pulau tersebut dinasihatkan berlindung di gereja, sekolah atau bangunan besar lain.

“Kekuatannya mampu menyebabkan kemusnahan terhadap kediaman dan infrastruktur, dan lebih penting, kecederaan serius serta kehilangan nyawa,” katanya memberi amaran.

Penduduk di Suva berkata ibu negara itu sudah mengalami angin kencang dan hujan lebat, dengan kesan badai dijangka meningkat hari ini.

Harold setakat ini sudah meragut 27 nyawa di Kepulauan Solomon minggu lepas dan pada Selasa menyebabkan kemusnahan teruk di Vanuatu, bandar terbesar kedua di Luganville.

Setiausaha Agung Palang Merah Vanuatu, Jacqueline de Gaillande berkata skala kemusnahan masih tidak diketahui kerana komunikasi terputus di wilayah utara yang paling teruk terjejas.

“NDMO (pejabat pengurusan bencana kebangsaan) menjalankan beberapa tinjauan udara tetapi mereka tidak kembali sehingga lewat malam dan kami tidak tahu apa yang ia tunjukkan,” katanya kepada AFP.

Usaha bantuan antarabangsa yang besar dilancarkan selepas lima taufan terakhir melanda Vanuatu, Cyclone Pam pada 2015, meranapkan ibu kota Port Vila.

Bagaimanapun, sempadan antarabangsa Vanuatu kini ditutup ketika negara Pasifik yang miskin itu berusaha untuk terus kekal sebagai satu daripada beberapa tempat di dunia tanpa kes Covid-19 yang disahkan.

Kerajaan membatalkan larangan perjalanan domestik yang dikenakan sebagai sebahagian daripada respons terhadap virus, yang akan membolehkan bantuan bencana masuk dari Port Vila ke utara. – AFP, 8 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen