Pekerjaan dalam sektor tidak formal berkembang lebih pantas


Sheridan Mahavera

Industri perkhidmatan seperti penghantaran makanan paling ramai pekerja dalam sektor tidak formal, . – Gambar Facebook, 7 April, 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 April, 2020.

PEKERJAAN dalam sektor tidak formal, diketahui dengan sifatnya yang tidak menentu, berkembang dengan lebih pantas berbanding pekerjaan dalam sektor formal, menurut kajian badan pemikir yang berkaitan dengan kerajaan, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).

Ini menunjukkan sekumpulan tenaga kerja, dengan jumlah 1.4 juta individu, tidak mempunyai perlindungan buruh sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang seperti cuti sakit, keselamatan sosial dan dana persaraan.

Pada 2017, hampir satu daripada 10 individu atau 10.6%, bekerja dalam bidang bukan pertanian dalam sektor tidak formal, menurut kajian berjudul “Unregistered and “Invisible”: Workers in Malaysia’s Informal Sector”.

Dari 2011 hingga 2017, pekerjaan bukan pertanian di sektor tidak formal meningkat pada kadar 4.5% setahun berbanding pekerjaan dalam sektor formal yang meningkat sebanyak 2.1% dalam tempoh yang sama.

“Kebanyakan pekerja dalam sektor tidak formal adalah pekerja akaun yang kerja sendiri dan bekerja dari rumah,” menurut kajian itu.

“Lebih ramai pekerja dalam sektor ini berada dalam kategori umur lebih tua berbanding sektor bukan pertanian lain,” kata penulis utama kajian Siti Aiysyah Tumin.

“Pemerhatian ini menunjukkan subset tenaga kerja mungkin berdepan pelbagai isu lain.

“Ketidaktentuan sifat kerja dalam sektor tidak formal dapat diperkukuhkan lagi dengan kurangnya perlindungan sosial kerana status pekerjaan dan, atau risiko pekerjaan lain yang berkaitan dengan usia.”

Kajian ini berdasarkan kepada kaji selidik mengenai sektor tidak formal yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan pada 2011, 2012, 2013, 2015 dan 2017.

Tinjauan menganggap pekerja “tidak formal” jika firma yang mengupah mereka berorientasikan keuntungan dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, badan profesional atau kerajaan tempatan. – 7 April, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen