MENTERI Kewangan Britain Philip Hammond mengumumkan peruntukan AS$99 juta (RM411 juta) untuk teknologi Kepintaran Buatan dan merancang membenarkan kereta tanpa pemandu di jalan raya United Kingdom (UK) menjelang 2021, dalam pembentangan belanjawan Rabu lalu.
Hammond akan mengumumkan perubahan peraturan itu bagi membenarkan industri kereta tanpa pemandu Britain, yang dianggarkan kerajaan bernilai RM153 bilion menjelang 2035.
Menurut kandungan belanjawan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, undang-undang itu membolehkan kereta berkenaan berada di jalan raya dalam tempoh kurang tiga tahun lagi.
Menteri yang berdepan tekanan untuk membentangkan bajet lebih menarik susulan pertikaian Brexit dengan rakan Kabinet, juga akan mengumumkan dana RM2.1 bilion bagi syarikat yang dapat menyediakan lebih banyak pemasangan kemudahan pengecas kenderaan terbabit di seluruh negara.
Bagaimanapun, menteri konservatif itu mungkin akan lebih dinilai menerusi dasar perbelanjaan sosialnya, terutama dasar perumahan berikutan bencana Menara Grenfell yang mengorbankan 71 orang. – AFP, 19 November, 2017.
Komen