Apa pentingnya syarikat arak waktu wabak Covid-19?


APA rasionalnya kebenaran pembukaan dua kilang arak sewaktu tempoh PKP?

Adakah Kilang Carlsberg dan Heineken ini sama penting dengan Perkhidmatan Penting Negara  khususnya sektor Kesihatan dan Keselamatan Negara?

1. AMK Pulau Pinang bingung ekoran surat kebenaran beroperasi yang diberikan kepada Syarikat Heineken pada tarikh 31 Mac 2020 serta Syarikat Carlsberg pada 4 April 2020.

2. Persoalannya adakah kedua-dua syarikat ini lebih penting berbanding perkhidmatan yang lebih diutamakan bagi golongan barisan hadapan dalam menangani krisis covid 19 yang semakin meruncing.

3. Jika dibandingkan dengan negara lain seperti Mexico, kilang Heineken diberhentikan operasinya sewaktu Covid 19 melanda negara tersebut.

4. Jika rujuk senarai perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara kebanyakannya adalah untuk membantu golongan barisan hadapan seperti kesihatan, peruncitan, serta keselamatan negara.

5. Adakah syarikat yang menjual air arak ini dilihat sama penting dengan keperluan buat golongan barisan hadapan negara?

6. Apa rasionalnya kerajaan membenarkan syarikat ini beroperasi sedangkan banyak lagi sektor tidak dibenarkan operasi/tutup khususnya masjid dan surau oleh kerana faktor keselamatan  negara.

7. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang melahirkan rasa kecewa . Tatkala golongan barisan hadapan sedang bertarung nyawa demi negara tercinta,  rakyat diminta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada pula kebenaran diberikan kepada dua syarikat air arak ini untuk beroperasi.

* Fahmi Zainol merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen