Covid-19: Palestin lanjut perintah berkurung sebulan lagi


Presiden Palestin Mahmoud Abbas melanjutkan tempoh berkurung selama sebulan sebagai usaha untuk mencegah penyebaran jangkitan Covid-19.– Gambar EPA, 3 April, 2020.

PALESTIN pada Jumaat mengumumkan melanjutkan perintah berkurung selama sebulan lagi untuk membendung penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Presiden Mahmoud Abbas melanjutkan tempoh itu selama sebulan, kata setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Palestin Saeb Erekat di Twitter.

Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh sebelum ini berkata, tempoh lockdown bermula 10 pagi hingga 5 petang di semua wilayah.

Setakat ini, Palestin mencatatkan 161 kes disahkan. – Bernama, 3 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen