2 menteri Sarawak jalani kuarantin


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri Awang Tengah Ali Hasan menjalani kuarantin di rumah mulai hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 2 April, 2020.

DUA menteri Sarawak jalani kuarantin sendiri selepas seorang individu yang diuji positif Covid berada dalam mesyuarat yang turut dihadiri mereka pada bulan lalu.

Timbalan Ketua Menteri Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Fatimah Abdullah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai hari ini berikutan individu itu hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Rantaian Bekalan Makanan Covid-19 pada 27 Mac.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Awang Tengah.

Individu terbabit disahkan positif selepas mesyuarat tersebut, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah pada taklimat harian mengenai wabak Covid-19 di negeri itu.

Uggah juga menafikan laporan berita bahawa Awang Tengah dan Fatimah diuji positif Covid-19.

“Syaratnya, sekiranya anda ada berada berdekatan atau ada bertemu secara kasual dalam sesuatu mesyuarat dan ada kes positif, kesemua yang berada dalam mesyuarat itu perlu melakukan kuarantin,” katanya, yang juga telah menjalani kuarantin kerana ada kontak dengan kes ke-33 di Sarawak.

Uggah yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, seramai tujuh petugas kesihatan iaitu lima doktor dan dua jururawat di negeri itu disahkan positif Covid-19. – 2 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen