Perintah Kawalan Pergerakan kekang kenaikan jangkitan Covid-19, kata Noor Hisham


Noel Achariam

Kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang sepi susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 April, 2020.

PERINTAH Kawalan Pergerakan dapat menghalang kenaikan dalam kes jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan jumlah jangkitan akan naik mendadak sehingga semalam.

“Kita sudah membandingkan trajektori (jumlah kes yang tinggi) berbanding jumlah Kementerian Kesihatan sehingga 31 Mac.

“Laporan memperlihatkan kenaikan tinggi dalam kes tetapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menunjukkan berlaku penurunan kes.

“Kita dapat lihat berdasarkan statistik ada kejayaan selepas pelaksanaan PKP,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Kesihatan hari ini. 

Menurut jangkaan MIER, 24 Mac aka nada 236 kes baharu namun Kementerian Kesihatan mencatatkan 106 kes sahaja.

Institut itu meramalkan peningkatan sebanyak 400 kes semalam tetapi data kementerian menunjukkan penurunan kepada 140 orang.

Dr Noor Hisham berkata ini menggambarkan bahawa usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan sejak bulan lepas berjalan.

“Dua minggu ke depan akan menunjukkan sama ada tindakan kerajaan memberi kesan.

“Dalam masa kedua PKP kita perlu meningkatkan strategi dan aktiviti terutama di kawasan hotspots.

“Jika angka meningkat kita perlu menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan kecemasan (lockdown) dan memeriksa setiap orang di kawasan yang terjejas,” katanya.

Jumlah jangkitan akan menurun jika semua orang mematuhi PKP. – 1 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen