16 terbunuh, 6 hilang dalam bencana banjir di Greek


Keadaan sebuah penempatan di bandar Mandra yang terjejas teruk akibat banjir. Penduduk berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan. – Gambar EPA, 17 November, 2017.

ENAM orang dilaporkan masih hilang di Greek pada Jumaat selepas banjir melanda ibu negara menyebabkan 16 orang terbunuh.

Penduduk yang terjejas turut berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan. 

Setakat ini, jumlah kerugian akibat bencana itu masih belum dapat dipastikan. 

“Kami memerlukan bantuan…terutamanya untuk bekalan makanan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal. Ramai yang kehilangan dokumen penting serta ubat-ubatan mereka, kata Datuk Bandar Mandra, Ioanna Kriekouki.

Banjir yang mula melanda pada Rabu di bandar Mandra, Nea Peramos dan Megara, kira-kira 50 kilometer dari barat Athens.

Terdapat warga emas meninggal dunia di dalam atau berdekatan kediaman mereka, pemandu kenderaa terperangkap dalam kenderaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan dua mayat ditemui di laut.

“Hujan lebat melanda kawasan itu hanya dalam masa empat jam,” kata Datuk Bandar Megara, Grigoris Stamoulis kepada AFP. 

Pihak berkuasa tempatan mula mengenal pasti tahap kerosakan dan kemusnahan dan kerja-kerja pembersihan jalan raya dan mencari mangsa yang hilang masih diteruskan.

Datuk bandar Mandra berkata, lebih 2,000 kediaman dan perniagaan terjejas dan datuk bandar Megara pula berkata 500 kediaman musnah dalam bencana itu.  – AFP, 17 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen