Badan amal henti projek beri 10,000 makanan percuma 


Ravin Palanisamy

Beberapa kumpulan sivil menghentikan bantuan makanan kepada golongan memerlukan selepas kerajaan mengarahkan segala sumbangan perlu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mac, 2020.

KUMPULAN masyarakat sivil akan beralih kepada golongan memerlukan dalam skala lebih kecil sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas kerajaan menghalang hubungan secara langsung dengan mereka bagi membendung penyebaran Covid-19.

Buat masa ini, kumpulan itu menghentikan “Project Mother”, yang bermula pada 23 Mac untuk memasak dan memberi hampir 10,000 makanan vegetarian kepada keluarga memerlukan.

Projek ini dijalankan oleh Pure Life Society,  Persekutuan Hindu Global, Yayasan Tara, United Malaysian Hindu Voice, Malaysia Hindu Dharma Mamandram dan Yayasan Narayani Malaysia.

Naib Presiden Hindu Dharma Mamandram Malaysia, Vesuanathan Suppiah memberitahu The Malaysian Insight walaupun sudah menghentikan perkhidmatan berskala besar semalam, mereka akan terus membantu orang dalam skala lebih kecil.

Beliau berkata masih menerima panggilan daripada orang yang meminta bantuan, sambil menambah kumpulan itu akan menyampaikan bantuan selepas meneliti latar belakang mereka.

“Kami menghentikan bantuan skala yang lebih besar semalam, dengan arahan terkini bahawa kumpulan perlu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Oleh itu, kami kini merancang meneruskan dengan skala lebih kecil, terpencil dan dengan bilangan orang yang sangat terhad di lapangan.

“Masih ada orang menghubungi kami. Mereka benar-benar memerlukannya. Jadi, kami akan melakukan pemeriksaan melalui WhatsApp dan menghubungi kenalan berdekatan dengan mereka yang memerlukan bantuan.

“Selepas melakukan semakan pantas mengenai keadaan mereka, yang mengambil masa sehari, maka kami akan memastikan mereka memberi peruntukan asas atau bahan makanan untuk 10 hari akan datang,” katanya. – 30 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen