TIGA anggota tentera terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam letupan bom butaan sendiri di barat laut Burkina Faso pada Ahad, kata sumber pasukan keselamatan.
Serangan ke atas pasukan peronda tentera itu berlaku di Gomboro yang terletak di wilayah Boucle du Mouhoun.
Mereka yang cedera telah dikeluarkan daripada kawasan berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu seorang pegawai pasukan keselamatan yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua tentera terbunuh serta merta di lokasi kejadian manakala seorang daripada empat yang cedera mati ketika menerima rawatan.
Bom buatan sendiri sering digunakan kumpulan pemberontak untuk melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan di wilayah itu.
Sejak 2018, mereka membunuh150 orang yang mana serangan berkenaan sering kali disusuli dengan serangan hendap.
Pada awal Mac, empat tentera Burkina terbunuh manakala lapan lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terkena dua bom buatan sendiri. Serangan itu berlaku di utara negara berkenaan. – AFP, 30 Mac, 2020.
Komen