Petronas perlu dapat lesen beroperasi di Sarawak


Desmond Davidson

SARAWAK sudah memberikan notis kepada Petronas- dapatkan lesen perlombangan yang diperlukan ketika negeri itu menggunakan hak mereka sepenuhnya dalam perlombongan.

Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata walaupun Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) memberikan hak kepada syarikat petroleum negara itu untuk meneroka dan melombang petroleum di Sarawak, negeri itu masih mempunyai hak dalam mengeluarkan pajakan lombong.

Katanya hak itu disenarai dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kuasa negeri untuk mengeluarkan pajakan lombong kekal dalam Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu gunakan hak perlombongan kami,” katanya kepada Dewan Undangan Negeri tengahari tadi.

“Dalam menggunakan hak perlombongan, kami katakana walaupun PDA memberikan hak penerokaan dan eksport petroleum kepada Petronas oleh kerajaan persekutuan, ia tidak bermakna Petronas mempunyai hak untuk masuk sesuka hati ke dalam kawasan Sarawak, baik darat atau laut.”

Katanya, kerana itu sebelum Petronas boleh beroperasi di Sarawak, syarikat itu perlu mendapatkan lesen atau pajakan yang diperlukan untuk beroperasi di negeri itu.

Ketua menteri mengatakan dalam menggunakan hak perlombongannya, “kami tak kata kami tak mesra dengan perniagaan petroleum di Sarawak”.

Beliau memberi jaminan yang kerajaan negeri tidak berhasrat menganggu kebiasaan industri petroleum apabila menggunakan hak perlombongan mereka.

“Kami mengalu-alukan pembangunan industri petroleum di Sarawak.”

Abang Johari mengatakan negeri itu menggunakan haknya seperti mana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana “kami mahu menjaga kepentingan ekonomi demi generasi sekarang dan masa depan Sarawak.”

“Ia adalah tentang mengambil balik apa yang diberikan Tuhan untuk kepunyaan kami di bumi ini.

“Hak Sarawak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, yang merupakan treati antarabangsa.”

Perjanjian itu dilakukan antara Malaya, Sarawak. Borneo Utara (Sabah), Singapura dan Kerajaan United Kingdom.

Singapura meninggalkan persekutuan tidak lama selepas itu.

Abang Johari memberitahu persidangan yang MA63 tidak dipinda kerana kerajaan persekutuan sahaj tidak boleh meminda perjanjian “yang merupakan treati antarabangsa”.

“Kami di Sarawak akan terus menggunakan hak kami di bawah MA63 kerana jika kita tak jaga diri sendiri, tiada siapa akan jaga.”

Sarawak masih mempertikaikan kesahihan Akta Pelantar Benua 1966 yang memberikan hak penerokaan pelantar dan sumber asli kepada kerajaan persekutuan.

Undang-undang lain termasuklah Akta Lau Wilayah 2012 yang membataskan kawasan laut Sarawak kepada hanya 3 batu nautika daripada pesisir pantainya.

Katanya persetujuan membayar pampasan kepada Sarawak- royalti 5%- kerajaan persekutuan sebenarnya mengakui hak negeri kepada sumber petroleum itu.

Mengenai tuntutan negeri untuk meningkatkan royalti 5% kepada 20%, Abang Johari mengakui yang negeri gagal.

Beliau menyalahkan kegagalan itu kepada kejatuhan harga minyak.

“Banyak syarikat minyak tutup. Pada masa sekarang, cubaan mengubah model perniagaan adalah perkara sensitif.” – 17 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen