BOTSWANA, salah satu negara demokrasi yang masih mengekalkan hukuman mati, telah menjalankan hukuman mati ke atas dua lelaki yang disabitkan salah melakukan pembunuhan.
Pelaksanaan hukuman mati terbaru itu menjadikan jumlah purata keseluruhan hukuman itu dilaksanakan sebanyak empat kes sejak Presiden Mokgweetsi Masisi dipilih Oktober lalu.
Moabi Seabelo Mabiletsa, 33, dan rakan subahatnya, Matshidiso Tshid Boikanyo, 39, digantung sehingga mati di ibu negara Gaborone, kata pihak penjara dalam satu kenyataan.
Kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh seorang pemandu teksi enam tahun lalu.
Botswana, sebelum ini menjalankan hukuman mati ke atas seorang lelaki pada bulan lalu dan satu lagi pada bulan Disember, ia adalah satu-satunya negara di Afrika Selatan yang masih kerap menggunakan hukuman gantung sampai mati.
Hukuman mati dilaksanakan di Botswana sejak kemerdekaannya dari Britain pada tahun 1966.
Hampir tiga perempat dari 195 negara di dunia telah menghapuskan hukuman itu atau tidak melaksanakannya dalam dekad lalu, kata kumpulan hak asasi Amnesty International. – AFP, 28 Mac, 2020.
Komen