Sarawak peruntuk RM16.4 juta untuk golongan miskin, gelandangan, dan penganggur


Desmond Davidson

Berkenaan bekalan makanan, Abang Johari berkata bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan semua kedai untuk mengedarkan makanan, termasuk kedai-kedai di kawasan luar bandar, untuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga bulan stok bekalan makanan asas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2020.

SARAWAK memperuntukkan RM16.4 juta untuk pakej rangsangan ekonomi sebagai bantuan makanan untuk golongan miskin dan gelandangan.

Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg, berkata pakej rangsangan ekonomi Sayangku Sarawak sebanyak RM1.15 bilion yang diumumkan pada hari Isnin, adalah bagi bekalan makanan untuk golongan miskin, termasuk golongan miskin bandar, gelandangan dan penganggur atau mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Berkenaan bekalan makanan, Abang Johari berkata bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan semua kedai untuk mengedarkan makanan, termasuk kedai-kedai di kawasan luar bandar, untuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga bulan stok bekalan makanan asas.

Keperluan asas tersebut termasuk beras, tepung, garam, sayur dan minyak masak.

Beliau juga berkata kedai juga harus memiliki stok bekalan silinder LPG yang mencukupi. – 28 Mac, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen