Sejak 2013, Pulau Pinang hanya terima RM35,500 bantuan banjir kerajaan pusat


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengatakan daripada hampir RM234.88 juta dibelanjakan daripada 2013 sehingga 2017, Pulau Pinang hanya menerima RM35,500 bantuan tunai kerajaan persekutuan susulan banjir kilat 15 September. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 November, 2017.

ANTARA negeri yang dilanda banjir, Pulau Pinang menerima bantuan wang tunai paling kurang dari Putrajaya.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengatakan daripada hampir RM234.88 juta dibelanjakan daripada 2013 sehingga 2017, Pulau Pinang hanya menerima RM35,500 bantuan tunai kerajaan persekutuan susulan banjir kilat 15 September.

“Kerajaan persekutuan belanja hampir RM234.9 juta dalam bantuan tunai untuk membantu mangsa bencana. Pulau Pinang dapat paling sikit.

“Sama ada kerana Pulau Pinang jarang ada banjir, atau Pulau Pinang tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan Persekutuan. Terpulang kepada Putrajaya untuk jawab,” katanya kepada wartawan pada sidang media di Komtar hari ini.

Lim yang juga merupakan ahli Parlimen Bagan awal bulan ini bertanyakan kepada perdana menteri berapa banyak yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk bantuan mangsa banjir dan jumlah diterima setiap negeri dalam soalan lisan di Dewan Rakyat.

Jawapan kepada soalan itu adalah RM500 dibayar kepada setiap isi rumah yang terjejas. Kelantan penerima terbesar menerima RM90.34 juta; diikuti Pahang (RM41 juta), Terengganu (RM34 juta) dan Sarawak (RM28.65 juta).

Dalam senarai semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia, Pulau Pinang adalah penerima terkecil.

Jawapan Putrajaya kepada Lim juga mengatakan yang kerajaan selalunya tidak memberikan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir kilat, tidak seperti mangsa banjir di Pantai Timur tetapi banjir kilat pada 15 September sangat teruk sehingga mewajarkan bantuan diberikan.

Pulau Pinang dilanda hujan luar biar pada 15 September. Banyak kawasan ditenggelami air. Ia hujan terlebat pernah direkodkan negeri sebanyak 270mm ketika itu.

Lim berkata dia berharap kerajaan persekutuan akan menghantar bantuan tunai kepada mangsa banjir Pulau Pinang pada 4 dan 5 November yang lebih teruk berbanding banjir kilat September.

Bencana pada November pula dengan 372mm air hujan turun dan angin kencang adalah bencana banjir terburuk negeri sejak 30 tahun menyebabkan 12,559 orang dipindahkan.

“Saya tak kata kerajaan persekutuan tak bantu. Ia bantu dalam usaha menyelamat, tetapi kami juga berharap ia akan menghantar bantuan kewangan dan peruntukan RM1 bilion yang diperlukan untuk projek mitigasi banjir yang sudah diluluskan,” kata Lim.

Sementara itu, kerajaan negeri mengingatkan rakyat Pulau Pinang yang terjejas dengan banjir pada September yang bantuan tunai sekali berjumlah RM400 kerajaan akan diberi esok.

Lim berkata 7,037 keluarga terjejas kerana banjir itu dan telah dihantar surat bantuan tunai RM400 oleh kerajaan negeri.

“Kami minta mereka yang tak mohon dan tak terima surat tidak datang ke tempat duit itu diberikan.

“Bagi mereka yang terjejas di kawasan Batu Lanchang, duit itu akan diberi pada Ahad,” katanya.

Permohonan bantuan tunai RM700 untuk banjir November akan hanya dibuka selepas 20 November.

Lim berkata banyak isi rumah terjejas oleh banjir kilat November memohon dapur masak.

Katanya, syarikat seperti Wah Lee Group dan Pensonic sudah menawarkan jualan menjual dapur masak dengan potongan 50% diskaun pada harga RM55 dan RM65.

Beliau meminta mana-mana penderma untuk menaja dapur itu yang akan dihantar syarikat tersebut terus ke Silver Jubilee Home yang kini dijadikan pusat kutipan bantuan mangsa banjir bagi memastikan faedah diskaun itu diberikan hanya kepada mangsa banjir. – 17 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen