Lebih 600 orang ditangkap langgar perintah kawalan pergerakan, kata Ismail Sabri


Alfian Z.M. Tahir

Polis menjalankan sekatan jalan raya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Lebih 600 orang ditangkap sejak perintah itu dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2020.

LEBIH 600 orang ditangkap kerana melanggar perintah kawalan pergerakan sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac, kata Menteri Kanan Ismail Sabri hari ini.

Beliau berkata dalam masa 48 jam lalu seramai 402 orang ditangkap di seluruh negara kerana melanggar perintah kawalan pergerakan.

“Polis membuat 614 tangkapan di seluruh negara dan sejak dua hari lalu seramai 402 ditahan dengan 320 pada Jumaat (termasuk 116 ditangkap di masjid) dan 162 pada Khamis.

“Masih banyak kereta di jalan raya tetapi dengan penangkapan ini kita melihat ada peningkatan dalam pematuhan perintah kawalan pergerakan,” katanya.  – 28 Mac, 2020.

MENYUSUL
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen