Sarawak tubuh jawatankuasa keselamatan


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa keselamatan untuk menangani Covid-19, di Kuching hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 28 Mac, 2020.

KERAJAAN negeri Sarawak menubuhkan jawatankuasa keselamatan untuk meningkatkan tahap keselamatan sedia ada dan menangani ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh pekerja asing sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ini kerana Pekerja asing yang kelaparan kerana tiada kerja berpotensi untuk mencuri dan merompak bagi meneruskan hidup sepanjang tempoh PKP, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing.

“Perkara itu perlu dipertimbangkan,” kata Masing memberitahu The Malaysian Insight bagi menjelaskan peranan jawatankuasa yang ditubuhkan semalam.

Pekerja asing yang dibayar gaji harian hilang sumber pendapatn sejak PKP dikuatkuasakan dari 18 Mac dan dilanjutkan sehingga 14 April.

PKP dilaksanakan untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19. 

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan 2,161 kes Covid-19 dengan 26 kematian. – 28 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen