Resolusi senjata kimia Syria ditolak


Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, pada Khamis menolak draf resolusi mengenai pembaharuan mandat penyiasatan penggunaan senjata kimia di Syria yang dikemukakan Bolivia. – Gambar EPA, 17 November, 2017.

MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, pada Khamis menolak draf resolusi mengenai pembaharuan mandat penyiasatan penggunaan senjata kimia di Syria yang dikemukakan Bolivia, lapor agensi berita Xinhua.

Draf resolusi, yang pada dasarnya oleh Rusia itu, diundi di bawah nama Bolivia. 

Resolusi tersebut, ditolak kerana hanya empat anggota majlis mengundi, tujuh menentang dan empat berkecuali.

Terdahulu, Rusia menarik balik resolusi derafnya atas alasan masalah prosedur.

Resolusi Amerika Syarikat pula, menerima 11 undi menyokong, namun Rusia menggunakan kuasa vetonya menghalang lanjutan setahun lagi ke atas Mekanisme Penyiasatan Bersama (JIM).

Bolivia turut mengundi menolak resolusi AS itu. – Bernama, 17 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen