Pos Malaysia henti operasi sehari


Pos Malaysian akan beroperasi dengan waktu perkhidmatan baru dan bilangan kaunter yang terhadap sepanjang tempoh PKP. – Gambar fail The Malaysian, 27 Mac, 2020.

POS Malaysia Bhd esok akan menghentikan semua operasi dan perkhidmatan selama sehari.

Tiada alasan diberikan bagi penutupan itu yang diumumkan di Twitter.

Syarikat itu juga menggantung penghantaran motosikal semasa tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), yang bermula pada 18 Mac dan akan berakhir pada 14 April.

“Penghantaran motosikal di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur digantung buat sementara waktu disebabkan oleh PKP kerana ia dianggap sebagai perkhidmatan tidak penting pada masa ini,” tulis Pos Malaysia di Twitter.

Selepas penutupan esok, perkhidmatan pos akan disambung semula dengan waktu operasi diubah dan kaunter terhad semasa PKP.

Waktu operasi baru adalah 8.30 pagi hingga 3 petang dari Isnin hingga Jumaat di seluruh negara kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 

Di negeri ini, waktu operasi bermula jam 8.30 pagi hingga 3 petang dari Ahad hingga Khamis.

Pos Malaysia berkongsi senarai kaunter yang akan dibuka ketika PKP dikuatkuasakan. – 27 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen