Pembekal makanan alami masalah logistik di bawah perintah kawalan


Ragananthini Vethasalam Bernard Saw

Pembekal makanan berdepan masalah pengangkutan untuk memastikan barangan sampai tepat pada masanya sepanjang tempoh PKP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2020.

WALAUPUN kementerian memberi jaminan rantaian bekalan makanan tidak akan terjejas semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), pembekal makanan berdepan masalah dalam memastikan barangan mereka dapat dihantar tepat pada masanya.

Satu masalah yang boleh dilihat adalah kekurangan koordinasi antara kementerian dan pihak yang menguatkuasakan perintah PKP.

Satu faktor lagi adalah kurangnya kejelasan dan konsistensi mengenai dokumen yang diperlukan, dan daripada kementerian mana, agar para pembekal makanan dan pengangkutan boleh menghantar barang sepanjang tempoh ini.

Penasihat Persatuan Ladang Penternakan, Jeffrey Ng, memberitahu The Malaysian Insight terdapat kejadian sejak PKP bermula di mana lori membawa ternakan untuk penghantaran ditahan pegawai penguatkuasa, walaupun mempunyai surat daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Trak ayam kami ditahan kerana mereka kata dokumen tidak disahkan oleh pihak berkuasa yang betul. Kami diberitahu perlu bekerjasama dengan jabatan berkaitan dan keluar dengan sijil atau surat,” kata Ng.

Beliau berkata pegawai penguatkuasa berkata mereka terpaksa mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), yang kemudiannya meminta mereka mendapatkan lesen perkilangan.

“Kami tidak mempunyai lesen kilang, kami hanya ada permit ladang.

“Masalah kedua yang kami hadapi dengan Miti ialah mereka meminta kami mengurangkan separuh daripada bilangan pekerja,” kata Ng.

Keperluan ini menyebabkan pengusaha ternakan dilema kerana kebanyakan ladang tidak cukup tenaga kerja, katanya.

Tidak seperti pembuatan, Ng berkata pekerja tinggal di ladang ternakan yang terletak di tempat terpencil.

“Tiada siapa boleh keluar kecuali pengurus dan penyelia,” katanya. – 27 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen