KESATUAN Eropah (EU) baru-baru ini melancarkan satu peta sekatan dunia dalam talian, yang menyaksikan Korea Utara mendahului senarai negara yang dikenakan sekatan, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Peta Sekatan EU (www.sanctionsmap.eu) direka bagi membantu pengguna untuk mencari maklumat terkini berkaitan sekatan yang sedang dilaksanakan di EU dengan mudah menerusi Internet supaya mereka boleh mengelak melakukan transaksi dengan negara, syarikat atau individu yang dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau EU.
Peta itu mengandungi nama negara disekata, spesifikasi sekatan, senarai individu atau entiti yang tertakluk kepada sekatan PBB atau EU, item mereka yang dikenakan sekatan serta garis panduan perniagaan.
Pada masa ini, sejumlah 33 negara dimasukkan dalam peta itu kerana mempunyai kaitan dengan aktiviti haram seperti percambahan senjata pemusnah besar-besaran dan keganasan.
Korea Utara mempunyai 35 sekatan, iaitu paling banyak dalam kalangan negara yang dikenakan sekatan. – Bernama, 17 November, 2017.
Komen