Sarawak beri kelonggaran kawalan pergerakan kepada petani, nelayan


Desmond Davidson

Sarawak memberi kelonggaran PKP kepada petani, penternak dan nelayan bagi memastikan bekalan makanan yang berterusan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mac, 2020.

SARAWAK membenarkan petani, pengusaha ternakan dan nelayan meneruskan kerja harian mereka dengan melonggarkan perintah kawalan gerakan terhadap Covid-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam mensyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini juga memutuskan pengusaha pertanian boleh menjual produk mereka sendiri di tempat dikhususkan oleh majlis perbandaran tempatan.

Mereka perlu beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam seperti perniagaan lain.

Keputusan ini dibuat bagi memastikan bekalan makanan yang berterusan, kata ketua menteri memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu.

Beliau berkata penyebaran Covid-19 di negeri ini telah “stabil”, yang beliau sifatkan sebagai trend menurun dalam bilangan jangkitan baru setiap hari sejak perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 Mac. 

Sejak 22 Mac terdapat lapan kes, ia jatuh kepada empat kes baru semalam dan hari ini. – 26 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen