JEPUN pada Khamis, meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperbaharui tempoh 30 hari penyiasatan yang diketuai oleh PBB berhubung serangan senjata kimia di Syria, menurut resolusi draf yang diperoleh AFP.
Permintaan tersebut dibuat selepas Rusia memberi kuasa veto mengenai resolusi yang digubal Amerika Syarikat (AS) yang akan melanjutkan tempoh setahun bersama Mekanisme Penyiasatan Bersama (JIM) dan langkah kedua yang dicadangkan Rusia gagal memperoleh undi mencukupi pada Majlis Keselamatan.
Langkah yang dicadangkan Jepun akan membolehkan lebih banyak masa untuk merundingkan sebarang kemungkinan kompromi untuk membolehkan panel itu meneruskan kerja mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadao serangan gas toksik di Syria.
Langkah merangka itu akan memperbaharui mandat JIM selama 30 hari dan menugaskan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengemukakannya kepada dewan dalam tempoh 20 hari bagi “cadangan struktur dan metodologi” panel.
Jepun meminta pengundian dijalankan pada Khamis, tetapi diplomat mengatakan kemungkinan besar majlis itu akan mempertimbangkan langkah itu pada pagi Jumaat.
Rusia sebelum ini menggunakan kuasa veto ke-10 ke atas Syria kepada badan tertinggi PBB, menyekat lanjutan tempoh selama setahun JIM seperti dicadangkan dalam resolusi yang digubal AS yang memenangi 11 undi. – AFP, 17 November, 2017.
Komen