Novel keluarga Algeria menang hadiah sastera Perancis


“The Art of Losing” ditulis oleh Alice Zeniter berusia 31 tahun sudahpun menang tiga anugerah sastera utama Perancis dan disenarai pendek untuk anugerah berprestij Goncourt dan Femina. – Gambar AFP, 16 November, 2017.

KISAH sebuah keluarga “harki” Algeria yang memihak kepada Perancis ketika kemerdekaan negara itu memenangi anugerah paling mahal sastera Perancis.

“The Art of Losing” ditulis oleh Alice Zeniter berusia 31 tahun sudahpun menang tiga anugerah sastera utama Perancis dan disenarai pendek untuk anugerah berprestij Goncourt dan Femina untuk kisahnya yang menggambarkan kehidupan sebuah keluarga yang terperangkap dalam sisi sejarah yang salah.

Zeniter- cucu perempuan seorang “harki”- mengalahkan “Bakhita” karya Veronique Olmi untuk menang hadiah Student’s Goncourt yang menjamin lonjakan jualan karya pemenang kepada setengah juta naskah di Perancis sahaja.

Kedua-dua karya itu disambut baik pembaca tahun ini di Perancis.

Pengkritik memuji novel Zeniter kerana kehalusan dan keanggunan yang ditonjolkannya dalam kisah yang jarang diceritakan tentang pihak yang kalah dalam perang berdarah sembilan tahun yang memburukkan hubungan Algeria dan Perancis.

Walaupun suku juta warga Algeria bekerja atau bertempur untuk Perancis sepanjang perang yang berakhir pada 1962, hanya 42,000 harki diberikan status pelarian di Perancis.

Zeniter yang ayahnya dilahirkan di daerah Kabyle, Algeria dan datuknya yang dianggap sebagai “harki” kerana menyokong Perancis mengatakan sewaktu menulis novel itu beliau menemui “rahsia kecil yang memalukan kami”. – AFP, 16 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen