Perintah kawalan pergerakan disambung, Sarawak boleh buat keputusan sendiri


Desmond Davidson

Sekatan pergerakan dan berkumpul yang dilaksanakan adalah bagi mengekang penularan Covid-19 yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mac, 2020.

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata negeri itu tidak semestinya akan mengikut arahan negara dalam memanjangkan tempoh perintah kawalan pergerakan selama dua minggu hingga 14 April ini.

Sekatan pergerakan dan berkumpul yang dilaksanakan adalah bagi mengekang penularan Covid-19 yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac.

Bagaimanapun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya petang tadi berkata tempoh perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 14 April.

Ini bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan sepenuh perhatian bagi memerangi pandemik Covid-19.

Dalam reaksinya terhadap pengumuman lanjutan Masing memberitahu The Malaysian Insight bahawa jika pakar perubatan mengatakan mereka berjaya memutuskan rantaian Covid-19 dan berjaya mengekang penularan virus, Sarawak tidak perlu mengikut tempoh yang dilaksanakan Putrajaya.

Tetapi beliau berkata larangan ke atas warga asing dan rakyat Malaysia yang bukan penduduk Sarawak dari masuk ke negeri itu akan diteruskan kerana pandemik di kawasan lain masih berada dalam trend menaik.

“Kami hanya menutup sempadan kita kepada bukan orang Sarawak,” katanya. – 25 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen