Penduduk rumah panjang Bukit Kiara harap Putrajaya bantu jika PKP lanjut


Mereka berharap kerajaan dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan membantu mengurangkan beban susulan tidak dapat bekerja akibat PKP yang bertujuan untuk membandung penularan wabak Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Mac, 2020.

PENDUDUK di rumah panjang Bukit Kiara di kawasan elit Taman Tun Dr Ismail mengharapkan bantuan kerajaan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah ini bimbang tidak mempunyai cukup simpanan untuk membeli barangan keperluan sepanjang tempoh lanjutan PKP.

Penduduk berharap kerajaan dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan membantu mengurangkan beban mereka susulan tidak dapat bekerja akibat PKP yang bertujuan untuk membandung penularan wabak Covid-19.

Setiausaha Persatuan Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Sivakumar Muniandy berkata, kira-kira 90% penduduk di rumah panjang itu tidak boleh bekerja kerana perintah tersebut.

“Ada yang bekerja sebagai tukang cuci, peniaga kecil-kecilan, pemandu dan pembantu di bengkel.

“Kalau PKP ini dilanjutkan, mungkin ada yang hanya dapat gaji separuh manakala yang dibayar mengikut hari mungkin tidak akan dapat langsung,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Sivakumar berharap kebajikan penduduk akan diberi perhatian selepas Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDIRA) menghulurkan bantuan kepada mereka.

Isnin lalu penduduk TTDI mengagihkan baucer membeli-belah bernilai RM50 kepada kira-kira 100 keluarga di rumah panjang itu.

Sivakumar mengucapkan terima kasih kepada bantuan tersebut.

“Keluarga-keluarga ini sangat gembira menerima bantuan semasa wabak ini.” – 25 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen