Pakar sambut baik KKM tingkat keupayaan saringan Covid-19


Bede Hong

KKM pada Ahad lepas mengumumkan sasaran untuk menjalankan 7,000 ujian saringan Covid-19 pada minggu ini dan 16,000 ujian sehari mulai April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Mac, 2020.

PAKAR penyakit berjangkit menyambut baik rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan 16,000 ujian saringan Covid-19 sehari mulai April.

Korea Selatan berjaya mengawal kenaikan mendadak kes Covid-19 tanpa menjalankan perintah berkurung tetapi melalui saringan secara besar-besaran. 

Negara itu meningkatkan keupayaan menjalankan ujian saringan dalam skala yang belum pernah dilakukan bagi mengawal jumlah kes Covid-19, kata pakar.

KKM pada Ahad lepas mengumumkan sasaran untuk menjalankan 7,000 ujian saringan pada minggu ini dan 16,000 ujian sehari mulai April.

Pada masa ini sebanyak 3,500 ujian pensampelan dijalankan di 18 makmal KKM dan lima makmal swasta.

Sekurang-kurangnya 21,000 orang sudah menjalani ujian Covid-19 di Korea Selatan, lebih tinggi berbanding mana-mana tempat lain di dunia. Sejak wabak Covid-19 dikesan di negara itu, sebanyak 270,000 ujian telah dijalankan.

Sebaliknya, hanya 74 ujian per kapita penduduk dijalankan di Amerika Syarikat (AS), kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat ini, kurang daripada 100 kes baharu yang dilaporkan di Korea Selatan sejak beberapa hari lalu, berbanding 909 kes pada 29 Februari.

“Semua ini tanpa perlu melaksanakan perintah berkurung,” kata ahli virologi Dr Lam Sai Kit, yang juga perunding penyelidikan di Universiti Malaya.

“Keupayaan ujian adalah kunci kepada kawalan wabak, selain penjejakan kontak dan pengasingan kes.

“Bagi memudahkan ujian dijalankan, Korea Selatan mendirikan khemah ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Seoul.”

Sebanyak 43 makmal ujian pandu lalu didirikan di negara itu, dan kini  ditiru di AS, Kanada dan UK. – 25 Mac, 2020.

Berita penuh di sini.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen