Hospital Sarawak kekurangan bekalan darah 


Desmond Davidson

Hospital di Sarawak memerlukan bekalan darah bagi menampung keperluan rawatan.

BEBERAPA hospital di Sarawak mengalami kekurangan bekalan darah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan minggu lalu berikutan penularan wabak Covid-19.

Penderma menjauhi hospital kerana bimbang dijangkiti wabak berkenaan.

Setakat ini, negeri berkenaan mencatatkan lima kematian akibat virus itu.

Pertubuhan Palang Merah Malaysia yang menyokong bank darah Hospital Umum Sarawak berkata, bekalan darah bagi kumpulan “B” dan kumpulan “AB” mengalami kekurangan yang kritikal.

“Paras darah bagi kumpulan ‘B’ dan ‘AB’ di bank darah HUS semakin berkurangan dan memerlukan tambahan segera,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Dr Chin Zin Hing dari Jabatan Kesihatan Sarawak berkata, kekurangan bekalan itu mula berlaku pada fasa pencegahan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Ini memberi kesan kepada pusat kutipan darah,” katanya dan menambah PKP menyebabkan kempen derma darah terpaksa dihentikan.

Dr Chin juga memberi jaminan semua langkah pencegahan penularan virus berkenaan akan diambil apabila penderma hadir untuk menderma darah.

“Kita akan pastikan penjarakkan sosial dan langkah kawalan jangkitan lain diambil,” katanya. – 24 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen