64 migran ditemui mati dalam kontena di Mozambique 


Pendatang asing menjadikan kontena kargo sebagai salah satu cara untuk meloloskan diri dari sekatan pihak berkuasa. – Gambar EPA, 24 Mac, 2020.

LEBIH 60 orang dipercayai migran tanpa dokumen dari Ethiopia ditemui mati dalam kontena kargo di wilayah Tete di barat laut Mozambique, kata pihak berkuasa.

“Trak yang membawa pendatang haram dari Malawi dipercayai wagra Ethiopia ditahan di stesen jambatan timbang Mussacana di Tete, sebelum 64 orang ditemui mati. Hanya 14 orang terselamat,” kata seorang pegawai yang enggan identitinya didedahkan.

“Punca kematian dipercayai disebabkan kelemasan.”

Mangsa ditemui dalam sebuah kontena yang dibawa dengan trak, menurut gambar yang dilihat AFP. 

Mozambique dilihat sebagai koridor penyeludupan bagi pendatang asing yang mahu ke Afrika Selatan.

Afrika Selatan yang merupakan negara industri di benua itu menjadi tarikan pendatang asing dari negara seperti Lesotho dan Zimbabwe. – AFP, 24 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen