2 lelaki ditahan bersama 50kg daun ketum 


DUA lelaki ditahan bersama 50 kilogram daun disyaki daun ketum dalam sekatan jalan raya  Op Covid-19 di Jalan Sungai Tua menghala Hulu Yam Bharu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamarrudin berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 26 dan 46 tahun itu ditahan selepas pemandunya dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira 1.40 pagi.

“Pemeriksaan di dalam kereta jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki suspek menemui 10 beg plastik berisi daun ketum dianggarkan berat 50 kilogram,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Sek 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 24 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen