Seorang lagi maut, kematian ke-15 Covid-19 Malaysia


Seorang lelaki dari Melaka dilaporkan menjadi korban ke-15 Covid-19 di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Mac, 2020.

SEORANG lelaki berusia 71 tahun dari Melaka menjadi korban ke-15 wabak Covid-19 hari ini, umum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lelaki itu yang merupakan kes ke-1,519 disyaki menjadi kontak rapat kes ke-703 yang hadir majlis tabligh di Masjid Seri Petaling, awal bulan ini.

Dr Noor Hisham berkata mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Fatimah Muar pada 18 Mac lalu.

Beliau meninggal dunia jam 5.35 pagi tadi.

Setakat semalam, Malaysia mempunyai 1,518 kes positif Covid 19. Daripada jumlah itu 1,345 orang sedang menerima rawatan, 57 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 159 pesakit telah sembuh. 

Lebih separuh kes positif Covid-19 dilaporkan berkaitan dengan kluster tabligh Seri Petaling. – 24 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen