SEKUMPULAN sukarelawan bersiap sedia untuk menghasilkan topeng muka dan perisai muka ala peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Covid-19, dengan menggunakan pencetak 3D.
Mereka adalah sebagaian daripada gerakan antarabangsa projek “open air”, di mana ahlinya memberikan idea dan berkongsi kemahiran untuk menentang pandemik koronavirus, yang setakat ini menyebabkan 375,000 jangkitan dan 16,000 kematian di seluruh dunia.
Kenneth Chai berkata mereka sukarelawan yang mahu menghasilkan topeng muka dan perisai, di mana bekalannya agak terhad di dalam negara pada masa ini.
Prototaip topeng itu direka oleh ahli dari Eropah, yang kemudian berkongsi ilmu itu dengan ahli lain dalam gerakan berkenaan.
“Ahli berkongsi rekaan mereka dan data secara dalam talian dan mana-mana ahli di dalam kumpulan boleh ambil dan menggunakannya, dan malah boleh menghasilkannya secara pukal,” kata Chai kepada The Malaysian Insight.
“Hospital Besar Sarawak di Kuching pada masa ini meminta topeng muka yang ada penapis, seperti digunakan oleh doktor, jururawat dan pekerja kesihatan yang mengendalikan pesakit berjangkit secara langsung, seperti Covid-19.
“Dan mereka juga meminta perisai muka,” kata Chai yang juga seorang guru berusia 34 tahun.
Menurut, topeng muka yang boleh dihasilkan kumpulan Sarawak itu bertaraf N95, HEPA dan P100, serta menepati standard keselamatan kesihatan Malaysia.
Topeng N95 menepis partikel yang sekurang-kurangnya 0.3 mikrometer, sementara HEPA boleh memerangkap sekurang-kurangnya 99.97% partikel bersaiz sama, yang masih ke dalam sistem penapisan.
Topeng P100 kalis minyak dan boleh menghalang 99.97% partikel berukuran 0.3 mikrometer.
Topeng dan perisai itu tidak dihasilkan secara besar-besaran tetapi daripada pencetak 3D di rumah sukarelawan berkenaan. – 24 Mac, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen