Pembangkang Sarawak gesa kerajaan negeri umum perintah berkurung


Desmond Davidson

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Lina Soo berkata beliau "terkejut" apabila mengetahui bahawa jabatan-jabatan itu di Brunei dan Kalimantan dikecualikan dan tetap dibuka walaupun hanya untuk masa yang singkat.

SEBUAH parti politik Sarawak menuntut kerajaan negeri mengumumkan perintah berkurung dan penutupan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) dan pos sempadan di sepanjang sempadan Brunei, Kalimantan dan Sabah.

Gesaan itu termasuk penutupan laluan bekalan makanan melalui Brunei dari Miri ke daerah utara Limbang dan Lawas.

Presiden Parti Aspirasi Rakyat (Aspirasi) Sarawak, Lina Soo berkata beliau “terkejut” apabila mengetahui bahawa jabatan-jabatan itu di Brunei dan Kalimantan dikecualikan dan tetap dibuka walaupun hanya untuk masa yang singkat.

Ketua Menteri Abang Johari Openg awal pagi ini mengumumkan penutupan semua pos sempadan Brunei, Kalimantan dan Sabah hari ini dengan pengecualian semua CIQ tersebut.

Abang Johari berkata CIQ antara Sarawak dan Brunei di Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka selama 14 jam dari 6 pagi hingga 8 malam

Bagaimanapun CIQ antara Sarawak dan Kalimantan - Tebedu, Biawak dan Lubok Antu dibuka antara pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Walau bagaimanapun, pos sempadan di Serikin, Batu Lintang, Ba Kelalan, Bunan Gega, Sematan, Padawan di sempadan Sarawak-Kalimantan akan ditutup sepenuhnya.

Ketua menteri itu tidak menyebut CIQ Sindumin di sempadan Sarawak-Sabah di Lawas namun Sabah mengharamkan warga selain Sabah daripada memasuki negeri tersebut. – 21 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen