RAKYAT perlu patuh Perintah Kawalan Pergerakan dan membantu kerajaan mengekang wabak Covid -19, titah Yang di-Pertuan Agong.
Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga meminta rakyat membatalkan hasrat untuk balik kampung dan tidak berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah.
Beliau turut menitahkan rakyat tidak panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.
“Kepada ibu bapa pengantin saya nasihatkan tangguh dulu majlis sehingga keadaan berlangsung pulih.
“Jangan suka menyebar berita palsu dan paling penting jaga kebersihan diri kerap basuh tangan, guna hand sanitizer dan amalkan penjarakan sosial atau sosial distancing atau penjarakkan.
“Mari kita bersama mainkan peranan membantu, membendung wabak ini insyallah,” titahnya yang disiarkan menerusi RTM dan TV3.
Isnin lalu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari sehingga 31 Mac ini bagi membendung wabak Covid- 19.
Setakat ini sebanyak 130 kes baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1.030 kes positif Covid -19 seluruh negara umum, Kementerian Kesihatan. – 20 Mac, 2020.
Komen