Mugabe jadi tahanan rumah


Robert Mugabe diletakkan dalam tahanan rumah di Zimbabwe, kata Afrika Selatan pada Rabu menambah yang negara itu akan menghantar pasukan keamanan bagi pihak negara Afrika yang lain selepas tentera mula mengambil alih Zimbabwe. – Gambar AFP, 15 November, 2017.

PRESIDEN Robert Mugabe diletakkan dalam tahanan rumah di Zimbabwe, kata Afrika Selatan pada Rabu menambah yang negara itu akan menghantar pasukan keamanan bagi pihak negara Afrika yang lain selepas tentera mula mengambil alih Zimbabwe.

“Presiden Zuma bercakap dengan Presiden Robert Mugabe awal hari ini yang memberi gambaran dia ditahan dalam rumah walaupun mengatakan semuanya baik-baik sahaja,” kata kerajaan Afrika Selatan dalam satu kenyataan.

“Zuma, dalam kapasitinya selaku pengerusi Komuniti Pembangunan Afrika Selatan sedang menghantar Envoi Khas ke Zimbabwe.”

Afrika Selatan akan menghantar menteri perisikan dan ketenteraan, kata kenyataan itu.

Afrika Selatan adalah negara jiran Zimbabwe yang berkuasa dan menjadi tempat perlindungan ribuan rakyat Zimbabwe.

Ia sudah lama mengamalkan dasar diplomasi dengan Mugabe walaupun ketika negara itu berdepan dengan pelbagai krisis politik dan ekonomi yang serius. – AFP, 15 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen