TNB tidak akan potong bekalan elektrik bil tertunggak, kata menteri


BEKALAN elektrik tidak akan dipotong bagi pelanggan yang mempunyai bayaran tertunggak sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan rakyat yang terpaksa berdepan kesukaran ekoran pelaksanaan perintah itu selama dua minggu.

“Saya mahu mengumumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn Bhd tidak akan memotong bekalan elektrik pengguna yang lewat membayar bil mereka sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan. – 19 Mac, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen