KWSP, PNB, KWAP, Khazanah alami kerugian RM56 bilion


COVID-19 yang menjejaskan Bursa Malaysia dan seluruh dunia turut memberi kesan kepada institusi dana utama, seperti KWSP, PNB, KWAP dan Khazanah, lapor The Edge.

Empat dana itu kerugian kira-kira RM55.7 bilion sejak awal tahun, menurut data yang dikumpulkan daripada Bloomberg.

Jumlah kerugian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM24.7 bilion manakala Amanah Saham Bumiputera milik Permodalan Nasional Bhd merosot sebanyak RM16.52 bilion.

Kebanyakan kerugian daripada pegangan mereka dalam saham perbankan, seperti Public Bank Bhd, yang kini didagangkan pada RM13.90, paras terendah sejak Ogos 2013.

KWSP kerugian RM5.9 bilion daripada pegangannya dalam tiga bank - Malaysian Building Society Bhd (MBSB), RHB Bank Bhd dan Public Bank, kata akhbar perniagaan itu.

Ia juga kerugian RM2.06 bilion dalam CIMB dan RM1.86 bilion dalam Maybank. – 18 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen