TIADA seorangpun anggota mahupun pegawai polis disahkan positif Covid-19 setakat ini, kata Abdul Hamid Bador.
Bagaimanapun setakat ini 44 anggota dan pegawai masih dikuarantin dan 10 disahkan negatif dari wabak itu, kata ketua polis negara.
“Setakat hari ini, seramai tujuh pegawai kanan, 34 pegawai rendah, dua kakitangan awam dan 11 ahli keluarga mereka dikuarantin berhubung wabak Covid-19.
“Mereka yang dilepaskan daripada perintah pengawasan pula membabitkan seorang pegawai kanan dan masing-masing seorang pegawai rendah dan kakitangan awam,” katanya.
Dalam perkembangan kes penularan wabak, Abdul Hamid berkata semua kaunter pembayaran saman akan ditutup mulai esok.– 17 Mac, 2020.
Komen