Ketua menteri boleh terajui organisasi belia


Desmond Davidson

INDIVIDU berusia 69 tahun masih boleh menerajui organisasi belia di Sarawak kerana tiada undang-undang had umur di negeri itu, sidang Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini. 

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mendefinisikan “belia” sebagai individu yang berusia tidak kurang dari 15 tahun dan tidak lebih 40 tahun, tidak terpakai di Sarawak kerana ia tidak pernah diterima pakai di negeri ini. 

“Terdapat beberapa perkara dalam akta itu yang kita (negeri) tidak setuju, dan itu sebabnya ia tidak dipanjangkan ke negeri ini,” kata Karim pada penggulungan perbahasan kementeriannya. 

Menjawab pertanyaan Adun Kota Sentosa Chong Chieng Jen, yang bertanya mengapa Ketua Menteri Abang Johari Openg yang berusia 69 tahun masih menerajui organisasi belia Saberkas, Karim berkata kerajaan negeri percaya dengan meletakkan orang yang berpengalaman untuk bekerja dengan pemimpin muda untuk pendedahan kepada mereka.

Katanya, sekiranya akta itu terpakai di Sarawak, besar kemungkinan golongan belia hilang minat untuk menyertai organisasi kerana kepimpinan yang lemah. 

“Kami ada cara tersendiri untuk “melatih” mereka,” katanya pada sidang dewan.

Abang Johari yang dilantik semula sebagai presiden Saberkas tanpa bertanding bulan lalu, menerajui organisasi itu sejak 2009. 

Saberkas setakat ini diketuai oleh ketua menteri, bermula dengan ketua menteri ketiga, Tun Abdu Rahman Yakub, sebagai presiden pertama organisasi itu. 

Beliau kemudiannya digantikan oleh Abdul Taib Mahmud yang kini merupakan yang dipertua negeri dan pernah menerajui organisasi itu selama 28 tahun sebelum diambil alih oleh Abang Johari. – 15 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen