Peruntukan RM120 juta bantu pekerja cuti tanpa gaji 


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan diberikan sebanyak RM600 sebulan kepada mereka yang terlibat.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2020.

PUTRAJAYA memperuntukkan RM120 juta bagi membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menyediakan bantuan RM600 sebulan kepada mereka yang terjejas bagi tempoh maksimum enam bulan.

“Sejumlah 33,000 pekerja dijangka menerima faedah daripada langkah ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara di Putrajaya hari ini.

Mereka yang menerima notis cuti tanpa gaji bermula 1 Mac layak untuk Skim Insurans Pekerja dengan pendapatan tidak lebih RM4,000 layak menerima bantuan berkenaan.

Diskaun 15% untuk elektrik akan diberikan kepada entiti komersil yang terjejas termasuk sektor pelancongan bagi tempoh enam bulan antara 1 April dan 30 September.

Putrajaya turut mengumumkan diskaun bekalan eletrik untuk pengguna domestik sebanyak 2% dan juga sektor komersil, industri dan pertanian.

Untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi langkah yang berkuatkuasa 1 April.

Ini dijangka akan memberi faedah kepada 10 juga isi rumah dan pengguna sektor komersil, industri dan pertanian. – 16 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen